NIBONG TEBAL - Lebih 6,000 pengunjung terutamanya golongan
belia membanjiri pekarangan Kompleks Dewan Perda, Sungai Acheh di sini
bagi memeriahkan Karnival Hari Belia Negara 2011 peringkat negeri pada .[15/5 ] lalu
Karnival dua hari bermula semalam itu turut menghimpunkan persatuan
belia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan pelbagai
aktiviti selain penglibatan agensi serta jabatan kerajaan.
Majlis perasmian karnival tersebut disempurnakan Penasihat
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.
Turut hadir Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunos; Pengarah
Belia dan Sukan Negeri, Abd. Jalil A. Rashid dan Presiden Majlis Belia
Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pertandingan nasyid, kejohanan
futsal 1Malaysia, larian komuniti, pertandingan motosikal berkuasa
tinggi, persembahan kebudayaan serta pameran agensi kerajaan dan swasta.
Sempena karnival itu juga, 500 naskhah akhbar Mingguan Malaysia tajaan Jabatan Belia dan Sukan negeri diedarkan kepada para pengunjung.
Sementara itu, Zainal Abidin dalam ucapannya berkata, penganjuran
karnival tersebut adalah satu manifestasi pengiktirafan kerajaan
terhadap sumbangan golongan belia dalam proses pembangunan negara.
Kerajaan juga katanya, begitu komited untuk terus menyuburkan
program-program berteraskan belia khususnya di kawasan luar bandar bagi
mengukuhkan peranan golongan itu sebagai pemangkin kepada proses
transformasi yang sedang giat dijalankan.


0 komentar:
Posting Komentar