Malaysia | Acehtraffic.com- Perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang akan ditandatangani pada 15 Oktober 2012 ini bukan sahaja satu perkembangan yang baik untuk Filipina, tapi juga turut memberi mamfaat kepada Malaysia. Sabtu, 13 Oktober 2012
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selepas perjanjian itu dimeterai akan terwujud kawasan keamanan sekaligus membawa pembangunan di Mindanao.
Katanya perjanjian yang bakal mewujudkan suasana damai di kawasan itu akan mengurangi kedatangan pendatang tanpa izin ke Malaysia, terutamanya di kawasan Sabah.
"Pihak tentera tidak akan lagi meletakkan anggota yang ramai di Mindanao kerana keamanan akan terwujud di wilayah tersebut"

"Di samping itu, beberapa pembangunan akan dilakukan di Mindanao untuk meningkatkan sumber pendapatan asli yang ada di kawasan itu, termasuk pembangunan infrastruktur dan pemasukan dari pada perusahaan-perusahaan Malaysia apabila kawasan tersebut sudah aman," katanya | AT | R | BERNAMA |