Pahang bakal memiliki satu lagi tempat pelancongan menarik apabila
Pulau Acheh yang terletak di Kuala Rompin akan dibangun sebagai
pusat rekreasi populer setelah Pulau Tioman.Ide projek pembangunan di kawasan seluas 20 hektar itu dicetuskan
oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Dikenal sebagai Rain Forest Resort, projek itu yang bakal
dibangun oleh Plus Asia Jaya Sdn. Bhd yang menghabiskan biaya RM120
juta.
Perencanaan projek disahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah yang turut dihadiri Tengku Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri
Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman, Datuk Johari
Hussain.Sebagaimana di beritakan media
www.utusan.com [7/5] lalu.
Pada sidang besar , Ketua Pegawai Eksekutif Plus Asia
Jaya Sdn. Bhd., Datuk Loi Kong Yaw mengatakan, projek yang diprediksikan siap
dalam tempo 18 bulan itu tidak akan mengganggu alam sekitar kerana, konsep pembinaan dilakukan secara ramah lingkungan.
"Pusat penginapan itu akan menyediakan hotel dan calet bertaraf lima
bintang serta memfokuskan 80 peratus konsep alam semula jadi dalam
pembinaan itu nanti," katanya.
Selain itu, Kong Yaw berkata, beberapa projek lain turut dibangunkan
seperti kondominium, pangsapuri dan taman tema air serta pelabuhan kapal
layar sebagai tarikan kepada pengunjung ke pulau itu.
Dalam pada itu, Johari berkata, apabila projek itu siap kelak, ia
juga bakal menawarkan kira-kira 300 hingga 350 peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.Menurutnya, Pulau Acheh mendapat namanya kerana pernah menjadi tempat berlindung pedagang dari Aceh pada masa lalu.|


0 komentar:
Posting Komentar